Kerjaya kelab Robert Enke

Kerjaya awal

Enke memulakan langkah kerjayanya dengan menyertai kelab Carl Zeiss Jena ketika musim 1995-96. Beliau membuat debut pada 11 November 1995 menentang Hannover 96 dari 2. Bundesliga. Beliau diberi peluang selepas pilihan pertama Mario Neumann dibolos 14 gol dalam tiga perlawanan dan memaksa jurulatih Eberhard Vogel meletakkan Enke sebagai penjaga gol. Enke hanya bermain tiga perlawanan pada November 1995 tetapi Neumann telah dipulihkan ke dalam pasukan dan Enke tidak muncul lagi untuk pasukannya pada musim tersebut.

Enke tidak bermain untuk pasukannya sehinggalah beliau diikat oleh kelab Bundesliga, Borussia Mönchengladbach pada musim panas 1996. Enke menghabiskan dua musim pertamanya dengan kelab bawah-23 yang bermain di liga bawahan.

Peluangnya bermain untuk pasukan pertama hadir pada musim 1998-99 apabila Uwe Kamps mengalmai kecederaan Achilles dan memaksa jurulatih baru Friedel Rausch memberikan Enke membuat debut piala. Beliau membuat debut Bundesliga pada 15 Ogos 1998 pada perlawanan menentang Schalke 04, pasukannya menang 3-0 dan menduduki tempat teratas liga. Walau bagiamanapun, posisi Enke berubah apabila 15 gol dibolosi selama seminggu.

Diimport

Pada Jun 1999, beliau menandatangan kontrak tiga tahun bersama kelab Benfica di Portugal. Waktunya di Portugal dalah salah satu yang bergelora apabila kelab itu memaperkan aksi buruk dengan menduduki tempat keenam liga dan dilanda masalah kewangan yang menyebabkan pemain-pemain sering lewat.

Disebabkan maslaah itu, persembahan Enke telah menarik minat dari kelab luar sepperti Arsenal, Atletico Madrid dan Manchester United. Selepas kontraknya bersama Benfica tamat, Enke memperoleh tawaran dari kelab Barcelona dan beliau berpindah secara percuma pada Jun 2002 dalam perjanjian kontrak dua tahun.

Kehidupannya di Camp Nou amat sukar bagi Enke. Beliau menjadi penjaga gol ketiga selepas Roberto Bonano dan Víctor Valdés. Beliau dikritik oleh Frank de Boer pada perlawanan Copa del Rey pada 11 September 2002 kerana menyebabkan kekalahan Barcelona kepada pasukan bawahan, Novelda CF 3-2. Beliau bermain di La Liga dalam masa 20 minit sebagai pemain gantian pada perlawanan seri 2-2 bertemu Osasuna pada 2 Mac 2003. Beliau juga membuat debut dua kemunculan Liga Juara-Juara UEFA iaitu menentang Club Brugge dan Galatasaray di peringkat kumpulan.

Pada musim berikutnya, Frank Rijkaard menggantikan Louis van Gaal sebagai jurulatih, Enke dipinjam ke kelab Fenerbahçe. Walau bagaimanapun, perlawanan pertamanya iaitu tewas 3-0 kepada Istanbulspor pada 10 Ogos 2003 telah dikritik peminat dengan membaling botol air dan mercun pada perlawanan. Peristiwa ini menyebabkan Enke terus membatalkan pinjamannya ke kelab Turki itu dan pulang semula ke Sepanyol.

Selepas embat bulan di Barcelona, Enke telah dipinjam ke kela Segunda División, CD Tenerife pada Januari 2004 untuk perlawanan baki musim. Di sini, beliau amat gembira kerana persembahannya yang teguh dan sokongan padu peminat. Walaupun beliau percaya kerjayanya ditakdirkan untuk kekal dalam liga yang lebih rendah, beliau meninggalkan Tenerife untuk menyertai Hannover 96 dalam Bundesliga.

Kembali ke Jerman

Enke menyertai kelab Hannover 96 pada Julai 2004 secara percuma berikutan beliau tiba dari CD Tenerife. Beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol dan diundi sebagai penjaga gol terbaik liga oleh majalah "Kicker".

Enke telah dikaitkan perpindahan ke kelab besar, iaitu VfB Stuttgart. Pada Disember 2006, beliau menamatkan spekuasi itu dengan melanjutkan kontrak bersama Hannover sehingga penbghujung musim 2009-10. Beliau telah dijadikan sebagai kapten pasukan untuk musim 2007-08. Beliau juga memenangi anugerah penjaga gol terbaik untuk musim 2008-09 sebelum tragedi menimpanya.

Enke bermain 180 kali untuk Hannover pada jumlahnya. Beliau membuat kemunculan terakhir untuk Hannover pada 8 November 2009 pada perlawanan menentang Hamburg, pasukannya seri 2-2 iaitu dua hari sebelum kematiannya.